Portal Keusahawanan Percuma Anda
SELAMAT DATANG  
  Menu Utama
  Produk
  Blog
  Contact
  Guestbook
Blog


Minat/Bakat+Bisnes= Jutaan ringgit
Assalammualaikum & Salam sejahtera..
Hari ini kita akan berkongsi satu tips mudah..ini bonus bagi anda yang masih kabur dengan haluan bisnes anda..nak buat bisnes tapi tak tahu apa jenisnya..
Ini boleh dikatakan langkah pertama dalam setup bisnes anda..
Soalan lazim..
Saya minat nak buka bisnes,tapi tak tahu apa yang mahu di jadikan produk?
sebenarnya kawan-kawan anda tak perlu pening-pening nak cari apa nak diniaga..cuba pandang minat anda..apa minat anda? Sebagai contoh,anda minat dengan fotografi,anda suka ambil gambar,pandai ambil gambar..kalau dapat kamera lupa makan pun ada..Nah..anda dah jumpa jalan bisnes anda..bagaimana? Anda boleh menjual hasil karya fotografi anda..boleh jual di internet,atau mungkin lebih besar lagi..buka kedai ala galeri utk pamer karya foto anda..atau mungkin anda boleh buka membership website untuk mereka yang sehaluan dengan anda dan kenakan yuran bulanan..tapi kenalah upload karya anda setiap minggu..Banyak lagi,anda boleh buat event photography services..nak dapat banyak lagi..keluarkan kertas dan senaraikan apa yang berkaitan dengan fotografi..mungkin anda boleh mulakan bisnes menjual alat-alat untuk fotografi..banyak bukan..Konsepnya tetap sama tak kira lah anda minat masak ke,melukis ke, menjahit ke...

Ada juga yang tanya..selain jual minat &kepakaran..apa lagi yang sesuai..terutamanya untuk jualan di internet?
jawapan saya mudah saja..anda hanya perlu search apa produk terhangat dipasaran internet..kemudian cari pembekal yang boleh membekalkan anda barangan..tak perlulah nak buat produk sendiri..cthnya: bisnes fesyen..beli dari pemborong dan jual di internet dan namakan website anda trendyfashion.com sudah tentu anda mendapat pasaran meluas..mungkin boleh jual dalam mata wang asing USD mungkin? nilaiannya lebih tinggi..pulangan yang lumayan..

Itu sebahagian dari cara mudah..tapi saya menggalakkan anda menumpukan kepada teknik perdagangkan minat atau kepakaran untuk keuntungan anda..jangan pendam aje bakat anda..rugi..nilainya mungkin jutaan ringgit..siapa tahu??

Selamat berjaya..
Jumpa lagi...salam

Kenapa tak perniagaan?
     Salam..baru-baru ini ada teman saya yang mengeluh kerja tak ada..dia masih menganggur dah setahun..jadi saya beri dia satu jalan..kenapa tak meniaga..dia pada awalnya tak mau ikut..katanya leceh dan macam-macam lagi la..lalu saya bawa dia melawat pekan-pekan..saya tanya dia.."macm mane cina boleh survive,padahal mereka ni ada yang tak berkelulusan apa pun,tau baca kira je" "Kita pulak biar mereka mewah di bumi kita..kita yang kayakan mereka" Kawan saya diam..berfikir agaknya.. "Kau tak perlu lah buka kedai besar-besar kalau modal masalahnya..sekarang terlalu banyak perniagaan alternatif..cthnya,internet,direct selling,hah yang paling mudah affiliate,duk umah,promosi produk online terima duit.." Sampuk saya lagi.." Bohong ar kau!" La,dia kata saya tipu plak..jadi saya bawa dia ke Maybank di mana duit kutipan affiliate saya disimpan..saya tunjukkan penyata yang membuktikan sistem ini benar boleh buat income..hah..terkejut dia..baru tau..jadi dia minta saya pendapat..saya kata buat la affiliate ini sebagai cara pengumpulan modal..dah ada modal apa kata mulakan perniagaan internet,tak pun apa-apa perniagaan la..lagi pun dia nie..pandai buat biskut..hah..kan peluang tu sentiasa ada..

Jadi kawan-kawan..ingat 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan..jadi 9 pilihan adalah berniaga..jom bisnes..

sign off,
dr.biz

  Positifnya Dia..
Baru-baru ini saya ada menonton slot di TV9 yang menjemput Dr. Irfan Khairi ke studio Keluarga Di 9. Saya memang teruja kerana Dr. IK memang idola saya. Sepanjang mengikuti slot tersebut banyak perkara yang melibatkan motivasi di utarakan. Sebagai jutawan muda beliau sememangnya layak dijadikan contoh bagi usahawan-usahawan muda khususnya yang terlibat dalam perniagaan internet seperti kita..

Apa yang ingin saya kongsi bukanlah bagaimana beliau menjadi jutawan,tetapi saya suka ingion berkongsi dari segi sikapnya..walaupun jutawan dr.ik tidak seperti yang kita fikirkan..seorang yang saya lihat cukup merendah diri besederhana dalam hidup dan yang paling ketara..beliau cukup positif..tiada prasangka negatif terhadap orang disekelilingnya..malahan beliau mengakui dia sendiri tidak perasan atau nampak sama ada orang dengki,cemburu ataupun menyindir beliau..apa yang dilihatnya hanya aspek positif dalam usaha mencapai kejayaan..

Pada saya inilah satu sikap yang begitu mahal untuk kita perolehi..kebanyakkannya daripada kita pasti akan menaruh syak negatif apabila orang mencuit walaupun sikit perasaan cemburu dengan kejayaan kita..mula berfikiran negatif bila orang mula baik dengan kita bila kita berduit.. mula tidak mempercayai satu sama lain bl sudah mula berada..NAH!! ini sikap yang tidak akan membawa kita kemana-mana pun kawan-kawan sekalian..jadi jauhilah walaupun anda nampak kehadiran niat-niat negatif ini..yang penting anda pelu beringat ketika ada,membuat persediaan bagi segala kemungkinan..rezeki kita datang dari tuhan..ia juga bila-bila boleh ditarik olehNYA..

SO..jadilah jutawan yang positif o.k..
Salam..

sign off,
dr.biz

Kenapa tak kerja dari rumah?
Salam..apa khabar semua..bertemu lagi minggu ini dengan satu topik yang tak kurang menarik..KERJA DARI RUMAH. Apa yang ingin dikongsi ini amatlah berguna untuk graduan/penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan yang sesuai..mungkin ada yang sedang mencari jalan mengumpul modal untuk setup perniagaan.
  Saya syorkan program kerja dari rumah ini,ia tidak membebankan,tidak memeningkan,malah masih membuka ruang yang kosong untuk anda keluar mencari kerja lain..kata orang sambilan saja tapi hasilnya agak memberangsangkan.
  Pada saya ada dua cara yang mudah,manual & automatik. Semua dari rumah aje..

1. Kerja Pasang Siap Bahan Kilang/Risalah Kilang
2.Affiliate

Kerja Pasang Siap Bahan Kilang-bunyi macam tak bagus,tak glamor,tak mahal. Tapi tahukah anda pekerja di rumah ini ada yang menjangkau hampir RM 500-1500 sehari! Amacam? Ok tak? Itulah hakikatnya,mana taknya sbg contoh: memasang anak patung,anda diberi RM5 bagi satu anak patung,ada yang dapat memasang sehingga 200-300 anak patung sehari,merekabentuk gelang-anda dibayar RM12/gelang,bahan semua diberi,anda buat 100 je sehari,anda akan dapat RM1200 sehari!! Siapa nak bagi kan..dari rumah aje..sambil-sambil tengok tv,minum petang..tengok AF..haha.. Cuba lah tak percaya..banyak kilang yang menawarkan program ini,dan banyak syarikat yang menjadi perantara untuk mencari pekerja sambilan dari rumah ini. Bagi pihak kilang,kos jauh lebih rendah apabila mengambil pekerja sambilan ini daripada mengupah pekerja sepenuh masa. Tak mustahil anda dapat mencari income sementara menunggu panggilan kerja atau mungkin sebagai jalan cari modal untuk bisnes.

Program kedua ini..hmm..saya suka untuk gelarkan ia automatik direct selling..atau mungkin virtual direct selling..AFFILIATE! Ya,anda mampu lakukannya..hanya dari rumah..cuma perlu cari web yang menjual produk-produk terhangat dan menyediakan program affiliate ini..ia mudah,cari produk yang nak dijual,join affiliate program mereka,promosi produk dan anda akan terima sekurang-kurangnya RM20 untuk satu produk. Join la 10-20 affiliate dan promosikan..mungkin di yahoo chat,kawan-kawan,blog-blog,risalah dan banyak lagi cara promosi yang mampu meningkatkan pendapatan anda. Dari rumah,komputer sendiri..cyber cafe pun boleh..tak perlu bertemu pelanggan,segalanya automatik-dari keahlian sehingga penerimaan komisyen..malah PERCUMA saja penyertaannya.
(p/s: nak info affiliate? Dapatkan buku dari kami,hasil tulisan En. Mohd-Pakar Affiliate kita..RM20 je.
>Klik Sini)

  Nah,saya dah hidangkan info berguna untuk anda diluar sana..apa lagi cuba-cubalah untuk mencuba..cari yang bersesuaian dengan anda dan mula buat duit..sekurang-kurangnya anda jadi penganggur yang ber`income`..tak gitu?

Sign Off,
dr. biz

Bagaimana Untuk Buat Promosi
 SALAM untuk semua pembaca blog usahawan siber ini..Sepatutnya blog ini dah di isi dengan banyak artikel..tapi tertangguh kerana beberapa masalah termasuklah kesihatan yang terganggu..
Ok..artikel ni untuk bantu promosi anda..

9/10 pekerjaan dalam dunia ini adalah perniagaan..tapi 9/10 gagal! Banyak puncanya..tapi salah satu racun utamanya adalah kegagalan promosi berfungsi dengan efektif..tidak dinafikan banyak wang dibelanja untuk tujuan promosi tapi masih tak berkesan..tahukah anda sebenarnya banyak cara promosi dapat dilakukan..yang perlu hanya sejauh mana kita kreatif memikirkannya..

Saya sendiri menjalankan promosi PERCUMA tapi boleh cari makan..Macam mana? Banyak cara..e-mail/forum/group komuniti dan sbgnya boleh dikatakan lapuk..&terlalu ramai yang lakukannya..tapi sebenarnya ada cara untuk menjadikan ia lebih berkesan untuk bantu tinggikan trafik anda di internet.

Oleh itu saya terpanggil nak berkongsi dengan anda..MEMPERSEMBAHKAN
45 IDEA PROMOSI BERKESAN..bagaimana untuk buat promosi? Semua teknik mudah ini telah dibukukan..cuma baca,faham dan lakukan..simple tapi padat,bermula dari teknik percuma sehingga yang bermodal tinggi..pilih saja...

Ia bakal menemui anda dalam bulan yang terdekat..SO,jgn lupa dapatkan bila dah realese nanti ye..murah je..

Insyaalah,dengan izin Tuhan..anda akan berjaya memperkenalkan perniagaan anda dengan mudah &murah.

Selamat Mencuba..

p/s: blog ini bkn skdr blog tau..ini adalah salah satu cara promosi hebat..mcm mana? Kena tunggu kemunculan buku ni,kena beli &baca lah..jumpa lagi miggu depan dengan topik yang agak best..

sign off,
dr.biz

Today, there have been 1 visitors (1 hits) on this page!
 
   
Jangan rugikan SMS anda  
   
Cetusan Idea Bisnes Terkini..Kongsikan..  
   
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free